1st Day Ramadhan.
Hujan turun dengan sangat lebat.Seolah bumi dan langit sama2 meraikan kedatangan Ramadhan,bulan yang penuh keberkatan.Bulan ditutup semua pintu neraka dan dibuka semua pintu syurga.Bulan yang di dalamnya terdapat satu malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Semoga barokah dan rahmahnya melimpah terus ke segenap pelusuk bumi , kesannya terpancar di wajah - wajah semua dari kita,Insha Allah.
Alhamdulillah,semalam saya , suami dan anak anak sempat juga bertarawih di pusat islam UPM Kampus Bintulu,masjid yang terdekat dengan rumah.Begitulah selalunya sejak 4 tahun menetap di Bintulu.Sekiranya suami sibuk dengan kerja maka kami akan memilih untuk bertarawih di sini tetapi jika suami balik kerja awal, dapatlah kami berbuka dan solat berjemaah maghrib dan isha' seterusnya sama-sama bertarawih di masjid Assyakirin."Maka nikmat tuhanmu yang mana yang kamu dustakan?" :) Jelas terasa keringanan beban tugas seharian bila masuk bulan ramadhan.Masa juga lebih teratur dan dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya.
Begitu juga dengan bersahur yang disunnahkan.Banyak sekali fadhilatnya.
“Pembeza antara puasa kita dan puasa Ahli Kitab adalah makan sahur”. (Riwayat Muslim)
“Bersahurlah, sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan." (HR Bukhari dan Muslim)
Besarnya hikmah bersahur.Bagi isteri bukan saja2 bangun bersengkang mata menyiapkan makanan sahur untuk suami dan anak2.Peranan suami sebenarnya mengejutkan isteri dan bersama2 memudahkan kerja isteri,Sekurang2nya dengan memastikan diri dan anak2 bersiap dan bersedia untuk bersahur.Al maklum bagi anak2 terutama yang masih kecil pasti sukar melalui saat2 ini tanpa bimbingan dan rangsangan dari ibu bapa.
Suasana yang hening di pagi hari akan hidup dengan sahur yang dimulakan dengan bacaan doa dari seorang ayah yang diaminkan oleh seisi keluarga.
Antara lain faedah bersahur
1.memberi tenaga untuk membuat aktiviti di siang hari.
-Tidaklah Islam menganjurkan sesuatu perkara secara sia2 melainkan dengan sebab yang baik dan faedah yang sangat besar. Bersahur dapat melawan rasa lapar malah tidak juga menjadi terlampau kenyang yang menuntut masa rehat yang lebih.Maka tidak patut ada umat islam menjadikan alasan berpuasa sehingga membantutkan kerja2 seharian dan tidak produktif.Bersahur adalah sunnah,berpuasa adalah ibadah khusus dan bekerja adalah ibadah umum.Semuanya diberi ganjaran pahala.Sepatutnya Muslim yang cemerlang akan produktif sewaktu bekerja tidak kira di mana sahaja samaada di bulan Ramadhan ataupun di bulan lainnya :)
2.Membiasakan umat islam untuk bangun sepertiga malam yang akhir.Ini kerana waktu tersebut adalah waktu yang mempunyai kelebihan untuk ibadah dan dimustajabkan doa serta istighfar.
Dalam hadis, Rasulullah s.a.w bersabda:
“Tuhan kita Yang Maha Berkat dan Agung turun setiap malam ke langit dunia, ketika hanya tinggal sepertiga malam yang akhir. Lalu berfirman: “Sesiapa yang berdoa kepadaKu, akan Aku perkenankan untuknya. Sesiapa yang meminta kepadaKu, akan aku berikanNya. Sesiapa yang memohon keampunan kepadaKu, akan Aku ampunkannya” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Semoga sama -sama kita 'grab' ganjaran yang sangat hebat ini!


No comments:
Post a Comment